Tuesday, February 18, 2014

Kuliah Maghrib Kali Ke-2

          Pada 14 Februari 2014 iaitu pada hari Jumaat telah diadakan kuliah mghrib buat kali kedua . Semua muslimat SESERI telah diwajibkan untuk berada di surau bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Solleh bin Abdul Razak dengan tajuk yang diutarakan iaitu ‘Mengapa Kita Menganut Islam?’
Ustaz Mohd . Solleh sengaja memilih tajuk tersebut agar apabila kita disoal oleh orang bukan Islam tentang agama Islam , kita dapat menjawab dengan yakin juga mampu meyakinkan pendengar tersebut. Ramai ahli akademik pada masa kini yang terjebak dengan ajaran-ajaran sesat . Mereka mungkin arif dalam ilmu keduniaan , tetapi mereka jahil tentang agama akhirat bahkan masih tidak mengenali Tuhan mereka dengan sebetul-betulnya . Apabila disogok sedikit sahaja dengan kefahaman-kefahaman remah , mereka sudah mampu mempercayai kenyataan tersebut .
               Ustaz juga memberikan ceramah menjerumus kepada isu masa kini iaitu ramai Muslim tetapi tiada yang Islam . Maksudnya ialah , ramai penganut agama Islam yang beragama Islam tetapi tidak mengamalkan gaya hidup Islam .

               Ceramah yang berlangsung selama satu jam ini telah berakhir pada pukul 9.00 malam . Diharap agar niat murni pihak sekolah menjemput penceramah dari luar terlaksana dan dapat mengukuhkan pegangan agama setiap individu muslim di SESERI .






No comments:

Post a Comment