Monday, January 20, 2014

Under One Roof Programme 2014 Form 5 :)

Hari ini semua pelajar Tingkatan 5 SESERI telah diberi jadual Program UOR atau dikenali sebagai Under One Roof Programme yang diadakan bagi semua pelajar mempelajari subjek-subjek ketika di Tingkatan 4 dan akan bermula pada awal bulan Februari . Program ini telah diperkenalkan oleh bekas pelajar SESERI yang lepas iaitu batch Orion . Melihat prestasi yang membanggakan hasil dari program ini telah membuahkan idea di minda pihak pentadbir untuk menjadikan program ini sebagai salah satu program rasmi sekolah .

Di sini saya ingin memuatnaik sedikit aturcara program UOR ini :

ISNIN-MATEMATIK MODEN (6.25-7.10 PG)
SELASA - B.MELAYU (6.25-7.10 PG)
RABU - B.INGGERIS (6.25-7.10 PG)
KHAMIS - PEND ISLAM / MORAL (6.25-7.10 PG)
JUMAAT - SEJARAH (6.25-7.10 PG)
SABTU - BIOLOGI & MATEMATIK TAMBAHAN (8.00-10.00 PG)
AHAD - FIZIK & KIMIA (10.00-12.00 PG)

           Walaupun program ini mengambil sedikit masa rehat pelajar , namun program ini banyak memberi kelebihan khususnya para pelajar SESERI sendiri yang kini sedang bertungkus-lumus menaikkan nama sekolah . Program ini merupaka 'suplemen' bagi para pelajar untuk terus meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran .
Diharapkan , semua pelajar mampu mengikuti program ini seikhlas hati sekaligus menaikkan nama SESERI . Sekian sahaja daripada saya . :)

           Wasalam . 

No comments:

Post a Comment