Tuesday, January 14, 2014

Anugerah Terbilang SESERI 2014

Assalamualaikum semua....


Hurm ... semalam tak sempat nak update blog . Jadi , hari ni saya akan update peristiwa yang menarik semalam.Semalam sekolah saya , SESERI menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar tingkatan lima yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun selaras SBP pada tahun lepas . Seramai 8 orang pelajar telah diberi anugerah pelajar terbilang dan dua orang pelajar dianugerahkan anugerah loncatan saujana kerana meningkat naik sebanyak 0.58 dibandingkan dengan peperiksaan diagnostik 2 tahun lepas .



       

Kesemua pelajar yang mendapat anugerah menerima sekeping sijil kecemerlangan dan sejumlah wang tunai sumbangan PIBG . Anugerah tersebut diberikan adalah sebagai pembakar semangat buat rakan pelajar lain untuk berlumba-lumba mencapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang diduduki sekaligus menaikkan nama SESERI sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang mampu menjadi saingan yang hebat buat Sekolah Berasrama Penuh lain yang hebat .


Sekian sahaja perkongsian saya buat hari ini . Semoga anda semua sentiasa mengikuti perkembangan di SESERI dan mendoakan kejayaan kami .


Wassalam .

No comments:

Post a Comment