Friday, April 11, 2014

HIMPUNAN 366 CERITA RAKYAT MALAYSIA



Judul : Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia
Pengarang : Othman Puteh & Aripin Said
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Genre : Kanak-kanak
Mukasurat : 290  halaman
Cetakan Pertama : 1995 
Cetakan Terkini : 2006
ISBN : 9676105058


Berseronoklah menikmati cerita binatang, jenaka, pari-pari, legenda mitos, hantu dan asal usul, sambil belajar mengenali budaya dan tradisi masyarakat bumiputera Malaysia.

Antologi terbesar cerita rakyat Malaysia: Bacaan harian selama setahun: 1 cerita 1 hari dengan tambahan 1 cerita bulanan.
Bacaan warisan yang bermanfaat untuk setiap kanak-kanak: Dibaca sendiri atau dengan bantuan ibu bapa.
Cerita dibahagikan kepada 2 kategori: Kategori negeri -cerita rakyat setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. Kategori nasional - cerita rakyat yang telah diakui sebagai milik rakyat Malaysia seluruhnya.
Menggunakan bahasa yang terkawal: Pemilihan kata berdasarkan senarai perkataan Buku Panduan Bahasa Melayu KBSR. beberapa perkataan di Iuar senarai sengaja ditambah dengan maksud meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menggunakan bahasa Melayu moden dengan mengekalkan gaya klasik.
Cerita disusun sempena hari tertentu, antaranya Hari Guru Hari Ibu dan Hari Kebangsaan.
Setiap cerita mempunyai nilai murni yang disarankan oleh Falsafah Pendidikan Negara dan disertai ilustrasi berwarna-warni.

Antara cerita menarik:
Pelanduk Berani Negeri Terbilang 
Raja Bongsu Pinang Beribut 
Udang Galah Bongkok
Puteri Naga Menjadi Pulau 
Kerana Tebu Sebatang
Buntat Teloh 
Labah-Iabah Buncit 
Pengorbanan Kansiduon 
Gergasi Pindah Negeri 
Kuda Hijau 
Bujang Terboyoi 
Perang Kayangan 
Subang 
Budak Membina Negeri ...Dan Banyak Lagi

ATIQAH ZULHISAM :D

No comments:

Post a Comment