Pada 26 Januari 2014 , sebuah program motivasi yang diadakan khas buat semua pelajar Tingkatan 5 SESERI telah diadakan . Semua pelajar diminta untuk berkumpul di Dewan Gemala Putri tepat pada 8.15 pagi kerana program akan bermula tepat pukul 8.30 pagi . Program ini diberi nama program 'Smart Learning' dan seorang penceramah jemputan telah dijemput iaitu , Dr . Abdol Aziz Sahat .
Semua pelajar Tingkatan Lima telah didedahkan dengan asas otak manusia dan cara-cara agar dapat mengingati sesuatu fakta dengan pantas dan untuk tempoh masa yang panjang . Tips-tips yang diberikan amat berguna kepada para pelajar terutamanya pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki SPM pada tahun ini .
Kesemua pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut rumah sukan masing-masing . Setiap kumpulan diberi nama oleh penceramah iaitu Soya Bean , Air Kosong , Coca Cola dan Kacip Fatimah . Masing-masing berusaha keras mengumpul mata agar kumpulan masing-masing menjadi johan .
Penceramah telah dibantu oleh 3 orang fasilitator . Pelbagai perisian dan aktiviti yang berguna telah dijalankan agar para pelajar dapat mengaplikasi setiap tips yang diberi dalam kehidupan bagi mencapai kecemerlangan dalam SPM . Pihak sekolah berharap agar program motivasi yang dijalankan mampu menyemarakkan semangat batch Alacris sekaligus menjadikan SESERI salah sebuah sekolah yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam kalangan SBP .
Di bawah adalah gambar sepanjang program berlangsung :
|
Dua orang pelajar telah dipilih sebagai wakil setiap kumpulan dalam permainan 'TOMOI' |
|
Pelajar telah dipanggil ke hadapan bagi mengemukakan pendapat masing-masing |
|
7 orang pelajar telah dipilih bagi menjayakan permainan 'Televisyen Rosak' |
|
Seorang wakil dari setiap kumpulan sedang menyenaraikan kembali 10 tips menjadi pelajar cemerlang tanpa melihat buku dalam bentuk peta minda . |
|
Di akhir program , semua pelajar berkumpul untuk bergambar bersama Dr Abdol Aziz Sahat . |
No comments:
Post a Comment