Duties


TUGAS UMUM SEORANG PENGAWAS PUSAT SUMBER
SM SAINS SERI PUTERI, KL

1.    Hadir bertugas pada hari yang ditentukan sebanyak 2 KALI iaitu:

I)    Bertugas pagi pada waktu rehat T4-10.10-10.30/T5-10.50-11.10
II)  Bertugas pada waktu prep petang ATAU prep malam

2.    Berpakaian lengkap sebagai Pengwas Pusat Sumber pada hari persekolahan atau apabila difikirkan perlu

3.    SEMASA BERTUGAS: 
 I)Menyapu dan membuang sampah 
 II) mop lantai seminggu sekali
III)menghasilkan dan menjaga keceriaan dan kekemasan pusat sumber
IV)Memerhatikan perlakuan pelajar-pelajar lain semasa di pusat sumber
 V)menegur dan merekod perbuatan pelajar yang melanggar peraturan pusat sumber
VI) menguruskan peminjaman dan pemulangan buku
VII) memeriksa kad-kad peminjaman untuk memastikan tiada 
      yang terlambat memulang buku.
VIII)Menyusun suratkhabar mengikut tarikh
VIX) Menyusun semula buku-buku yang telah dipinjam
X) menjalankan tugas tugas berkaitan biro masing2
        XI) Menghasil dan menambah isi-isi di dalam fail tegak
        XII)Memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan-peraturan pusat sumber
        XIII) Mengisi pengautomasian buku-buku


PERINCIAN TUGAS BIRO-BIRO PUSAT SUMBER:

TUGAS-TUGAS BIRO KATALOG:

1.    Menutup dan menjumlahkan buku penggunaan pusat sumber, pinjaman dan pemulangan, buku-buku lain di kaunter pada setiap akhir bulan
2.    Memastikan buku-buku di rak disusun mengikut kelas-kelas dan urutan nombor yang betul
3.    Menghasilkan graf penggunaan ps, penggunaan pusat akses, pinjaman dan pemulangan mengikut kelas dan peminjaman buku-buku khas (bestseller, rujukan) pada setiap akhir bulan. Maklumat ini harus kemudiannya disimpan di dalam fail khas (AKTIVITI)
4.    Menghasilkan bahan bacaan untuk di tampal SETIAP MINGGU di papan kenyataan diluar pusat sumber dan kemudiannya di masukkan ke dalam fail tegak yang disediakan.
5.    Menghasil dan menambah isi-isi di dalam fail tegak

TUGAS-TUGAS BIRO NILAM:

1.    Membantu guru-guru kelas mengutip buku-buku dan mengira data NILAM pelajar
2.    Menyerahkan data NILAM kelas pada guru NILAM dan penyelaras
3.    Menaikkan senarai nama pelajar ke kelas baru di tingkatan 5
4.    Mengisi data NILAM didalam i-NILAM
5. Membuat analisis NILAM setiap kelas dalam bentuk jadual dan graf dan menampal dikelas
6.Memastikan sudut bacaan dan sudut NILAM ada disetiap kelas dan terjaga kekemasannya
7.   Mengisi sudut NILAM dengan apa-apa maklumat yang perlu dari masa ke semasa
8.    Membantu semasa pelancaran program NILAM peringkat sekolah


TUGAS-TUGAS BIRO PROMOSI

1.  Menjalankan program-program untuk menggalakkan pelajar-pelajar masuk ke pusat sumber
2.    Menghasilkan poster atau flyers untuk ditampal di kelas-kelas dan sudut NILAM
3.    Mengisi papan kenyataan dengan salinan mukadepan buku-buku baru
4. Bekerjasama dengan biro katalog untuk menghias pusat sumber dan papan kenyataan
5.    Menghasilkan buletin ps sekurang-kurangya 2 kali setahun

TUGAS-TUGAS BIRO PEMASARAN

1.    Mencari sumber kewangan untuk program pengawas ps atau program ps
2.    Menjalankan program tayangan gambar sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi mengumpul dana
3.    Menulis dan menghantar surat permohonan kepada HEM
4.    Menjalankan aktiviti ’dedication card’
5.  Menjalankan aktiviti-aktiviti penjualan dan pembelian yand dibenarkan seperti pada masa hari kantin dan sebagainya

TUGAS-TUGAS BIRO PUSAT AKSES

1.    Menjaga kebersihan dan kemaslahatan komputer-komputer dan tv.
2.    Memastikan pelajar-pelajar menulis nama dalam buke kecil yang disediakan.
3.    Memastikan pelajar-pelajar menggunakan pusat akses selama sejam seorang.
4. Memastkan pelajar-pelajar menggunakan antivirus sebelum menggunakan pendrive mereka.
5.    Menguruskan percetakan (yang dibenarkan guru)
6.    Menjumlahkan jumlah pelajar yang menggunakan pusat akses setiap minggu dan melaporkan kepada biro katalog untuk laporan bulanan.
7.    Memastikan penggunaan tv adalah untuk pendidikan dan tidak disalahgunakan.

No comments:

Post a Comment